
Sulit
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri serta kebas tangan kiri
Saya wanita berusia 25 tahun. 2hari lepas saya mulai rasa sakit dada sebelah kiri sampai ke bahu , belakang dan lengan kiri. Tangan kiri saya turut berasa kebas serta saya sukar bernafas. Apakah ubat tahan sakit yg boleh saya makan untuk bantu saya tidur ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati
- Gastritis
- Masalah salur darah (Aortic dissection/ subclavian artery dissection)Penyakit keresahan (Anxiety disorder)
- Masalah salur darah jantung
Walaubagaimanapun, sila segera ke bahagian kecemasan bagi mengecualikan masalah berkenaan jantung.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.