
Sulit
4 tahun
Sakit dada sebelah kiri yang menyucuk dan berdenyut
Saya pelajar berumur dalam 20-an dan belum berkahwin. Saya mengalami sakit yang menyucuk seakan-akan berdenyut di bahagian dada atas sebelah kiri. Apabila saya menekan spot yg menyucuk itu ada rasa sakit. Hal ini sudah berlanjutan selama dua hari. Adakah ia membahayakan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada di sebelah kiri lebih lebih lagi jika anda menekan kawasan yang menyucuk itu. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang sakit dada yang anda alami sama ada serangan jantung atau tidak. Gejala sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi