
norsazuani
5 tahun
Sakit Dada Semasa Baring
Saya wanita 30an. Saya sering mengalami sakit dada semasa baring mengiring. Kadangkala semasa tunduk ambil wudhuk pun sakit dada. Saya tidak mengalami kesukaran untuk bernafas. Mohon Doctor terangkan, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit pada bahagian dada boleh disebabkan oleh:
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Masalah daripada perut
- Masalah otot, tulang atau saraf sekitar dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.