Sulit
2 tahun
Sakit dada seperti dicucuk
Hi, saya merupakan seorang perempuan yang berusia 22 thun… saya merupakan salah seorang bekas pesakit covid dan sudah melengkapkan 2 dos vaksin… selepas 2 bln pulih dri covid saya kadang2 mengalami sakit dada kdang2 di sebelah kiri kdang2 tengah dan begitu di kanan… seperti dicucuk apabila sya dtg bln ianya kerap berlaku terjadi… tetapi apabila check okisgen dan kadar nadi mmg normal shaja… tetapi dlm masa yang singkat sahaja dia mengalami kesakitan itu… apakah penyakit yang saya alami doktor?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.