
Sulit
4 tahun
Sakit dada serta sukar bernafas dengan tiba tiba
assalamualaikum saya berumur 22 tahun dan saya sering sakit dada menyebabkan saya sukar untuk bernafas terasa sesak dan tekanan di dada selain tu saya sering rasa nak muntah.setiap malam saya sukar tidur dan emosi saya terganggu dan saya akan rasa sedih tiba tiba dan akan menangis .adakah saya mempunyai masalah anxiety ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas dan sakit dada. Walaubagaimanapun menurut dari keterangan yang anda perihalkan, masalah anda boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Gejala kekebasan ini boleh disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah serta karbon dioksida yang terlebih. Kekurangan oksigen ini boleh berpunca daripada masalah jantung atau paru-paru yang juga boleh menyebabkan sesak nafas.
- Jangkitan atau keradangan pada paru-paru boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit dada.
- Saluran darah paru-paru yang tersekat
- Masalah jantung atau kegagalan jantung untuk mengepam darah dengan lancar (boleh menyebabkan kekurangan aliran darah beroksigen ke seluruh badan seperti kaki)
- Penyakit sel darah seperti anemia yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah.
- Penyakit darah beku pada saluran darah bahagian kaki
- Gangguan stress atau emosi, serta senaman yang berlebihan yang boleh menyebabkan kesesakan nafas.
- Penyakit keradangan paru-paru atau penyakit penyekatan saluran pernafasan kronik (COPD) yang boleh mengganggu penerimaan oksigen ke darah.
- Penyakit kekangan paru-paru seperti Emphysema
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Masalah sesak nafas dan sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit lain selain jantung dan paru-paru. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Sementara itu, kami sarankan anda untuk menjaga pemakanan, kurangkan stress, dan amalkan gaya hidup yang sihat bagi membantu mencegah perkembangan penyakit yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi