
Sulit
3 tahun
Sakit dada sesak nafas badan lemah pening kepala berpusing dan sakit bahu
Hi doktor, saya berumur 37 tahun dan belum berkahwin, masalah saya. Saya kerap sesak nafas dada terasa ketat di bahagian kiri dan tengah serta ulu hati. Saya pernah dimasukkan ke hospital 2 kali selang seminggu akibat sesak nafas, masa tu ecg saya tak normal. Adakah saya benar2 terkena serangan jantung atau sebaliknya saya keliru sebab waktu di wad ecg sy normal pula dan keputusan x ray pun Normal. Saya juga ada sepupu yang baru meninggal akibat serangan jantung. Sekarang saya masih lagi rasa tidak selesa untuk bernafas dan selalu pening kepala badan lemah sakit bahu dan menggigil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah kesukaran bernafas atau sesak nafas disertai dengan sakit dada . Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Memandangkan masalah ini mengganggu sistem pernafasan anda dan menyebabkan anda mengalami sakit dada dan sesak nafas, kami nasihatkan anda untuk terus ke mana-mana klinik dan hospital beredekatan bagi tujuan pemeriksaan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.