
Sulit
4 tahun
Sakit dada setiap pagi
Hai, saya perempuan berumur 30 tahun. Berkahwin dan ada anak dua. Saya menyusu badan untuk anak kedua yg berumur 4 bulan.
Sejak 3 hari lepas, saya mengalami sakit di bahagian atas perut sehingga dada. Sakit itu berlanjutan selama lebih kurang sejam pada waktu pagi² subuh. Saya juga perlu bernafas dalam² ketika sakit. Ketika sakit, tangan saya juga jadi lenguh². Sakit dada itu jugak membuatkan saya tak senang duduk sebab terlampau sakit.
Saya telah ke hospital dan membuat ecg, tp jantung ok. Doctor telah berikan sy ubat antasid,nexium 40mg dan simethicone 80mg. Tapi sakit itu masih berlanjutan sampai skrg ketika waktu pagi. Dan sejak makan ubat diberi doctor, saya juga mengalami cirit birit. Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit perut hingga dada boleh berpunca daripada beberapa masalah kesihatan seperti:
- Gastritis
- Gastroesophageal reflux disease* (GERD)
- Pancreatitis*
- Ulser perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Angina (aliran darah ke jantung berkurangan)- oleh kerana anda telah membuat ECG dan keputusannya normal, ini mungkin bukan puncanya.
- Cholestitis(keradangan di hempedu)
Antacid dan Nexium 40 mg boleh menyebabkan kesan sampingan cirit-birit. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Oleh kerana maklumat yang anda berikan ringkas, terdapat lebih soalan yang perlu ditanyakan sebelum rawatan yang tepat boleh disarankan. Maka, nasihat yang boleh diberi sekarang adalah untuk puan terus menggunakan ubat yang diberi mengikut arahan doktor anda. Sekiranya tiada kesan efektik langsung, anda harus berjumpa semula dengan doktor untuk menganalisa kembali diagnosis anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.