
Sulit
2 tahun
Sakit dada, sukar bernafas, jantung berdebar
Saya telah berasa sakit dada, sukar bernafas, jantung berdebar, hidung sentiasa berair, mudah bersin, mudah kesejukan lebih kurang 7-8 bulan. Pada mulanya berlaku, saya terus ke kecemasan dan di diagnose hanya masalah panic attack dan anxiety, di beri ubat anxiety. Sehingga sekarang saya masih tidak dapat ketahui apakah penyakit yang saya lalui ini dan saya masih melaluinya, ia menjejaskan kegiatan seharian saya. Saya hanya mengikut nasihat doktor melakukan deep breathing setiap hari. Setiap kali saya melakukannya, saya dapati pernafasan saya akan ada bunyi seperti wisel. Saya telah periksa jantung dan paru2, doktor mensyorkan tiada masalah, begitu juga dengan ujian thyroid yang normal. Adakah ia alergic, penyakit jantung atau paru-paru bermasalah/jangkitan kuman? Saya tidak tahu apa patut saya lakukan. Harap doktor dapat beri nasihat terbaik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada sebelah kiri. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Kami nasihatkan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat :
- Elakkan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan untuk mendapat serangan jantung adalah tinggi
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.