
Sulit
4 tahun
Sakit dada tengah dan kerongkong rasa kering
Saya seorang ibu yang baru melahirkan 5 bulan lepas…saya berasa tidak selesa pada bahagian dada tengah selama 4 hari tetapi hanya beberapa minit sahaja dan sekarang saya merasa kerongkong sya seperti kering n gatal dan batuk …saya disahkan kurang darah selepas melahirkan anak…Sebelum PRN sabah sya memang x pernah keluar rumah sahingga sekarang adakah sya juga berisiko untuk mendapat jangkitan covid19…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit dada serta terasa tekak gatal dan batuk yang berlaku sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, gejala sakit dada dan tekak gatal ini lebih berkait dengan masalah penyakit refluks esofagus atau dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease yang boleh disebabkan oleh asid perut yang naik sehingga kerongkong melalui salur pemakanan anda. Perkara ini juga boleh dikaitkan oleh kehamilan anda, kerana kehamilan merupakan salah satu faktor berisiko untuk menghidap masalah asid refluks perut disebabkan oleh pembesaran tekanan ruangan abdomen yang boleh menyebabkan perut anda tertolak ke lubang diafragma.
Mengenai jangkitan COVID-19 yang kini menular, simptom-simptom tersebut adalah terdiri daripada demam dan sesak nafas yang khususnya bagi individu yang telah terdedah kepada jangkitan tersebut.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk masalah anda kerana penyakit ini adalah risiko bagi gejala ketumbuhan ulser dan kanser esofagus.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.