
Sulit
3 tahun
Sakit dada tengah dan sukar untuk bernafas pada malam hari
Saya masih bujang dan berumur 25tahun mengalami sakit dada dibahagian tengah apabila waktu malam sahaja. Agak sukar nak bernafas dan macam ada benda yang hempam direngah dada.

3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut kenyataan diatas, anda mengalami masalah sakit dada dan kesukaran untuk bernafas pada malam hari. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sesak nafas dan sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya termasuk:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Gangguan cemas (anxiety disorder)
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Serangan asma
Oleh itu, anda amat disarankan merujuk perkara ini di klinik atau hospital yang terdekat, agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.