
Sulit
5 tahun
Sakit dada tengah terasa tembus di belakang
assalammualaikum,doc aku ada soalan,kalau sakit dada dan sakit itu tembus di belakang,apakah itu merbahaya?apakah penyebabnya?,apa yang perlu dilakukan??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Kekejangan otot esofagus (saluran makanan)
- Penyakit jantung - bagi mereka yang mempunyai faktor risiko seperti berat badan berlebihan, kencing manis dan berumur
- Penyakit saluran darah aorta koyak (aortic dissection)
- Penyakit kayap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.