
akmalaila9088
5 tahun
Sakit Dada (wallen syndrome)
Doktor, Saya merupakan pesakit berumur 30tahun dimana kerap terasa sakit Dada dibahagian kiri (terasa seperti menyucuk.
Hal ini mula tejadi sejak dibangku sekolah lagi
Pelbagai diagnosis dari pakar perubatan pada awalnya sehingga disahkan sebagai pesakit wallen’s syndrome
Menjadi persoalan kepada Saya, Saya dibekalkan ubat GTN oleh gov hospital tetapi tidak dibenarkan ambil oleh pakar dari private hospital.
Ini kerana ubat tersebut menyebakkan kronik kerana rythme jantung menjadi laju kerana wallen’s syndrome bukan penyakit seperti kebiasaan sakit jantung yang lain
Pernah satu ketika, doktor pakar di unit kecemasan memberikan Saya GTN, tetapi dengupan bertambah laju sehingga sukar bernafas
Mohon pendapat doktor, apakah perlu saya mengambil ubat tersebut?
Sehingga sekarang masih dibekalkan ubat tersebut
Adakah cara rawatan yang boleh mengatasi masalah ini kerana degupan Jantung tidak stabil.kebiasaannya menjadi laju tanpa sebab sehingga berpeluh di dahi Dan tapak tangan sehingga sakit dibahagian tengkuk membawa ke pinggang
Adakah ini tanda awal serangan jantung?
Adakalanya, jika Saya terperanjat/terkejut, menyebabkan hampir pitam Dan sakit yang menyucuk teramat sangat dibahagian kiri hingga sukar bernafas.
Sakit tersebut tidak Kira masa samaada sedang berehat mahupun melakukan kerja seperti kerja pejabat bersenam memandu dll
Hal ini (sakit Dada kiri) sangat kerap terjadi Dan apakah perbezaan yang boleh dilihat/diambil bagi mengenalpasti sakit itu (pada masa itu) berpunca dari serangan jantung, wallen’s syndrome atau sekadar gastrik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit jantung yang anda hadapi adalah agak kompleks. Untuk mendapatkan nasihat tentang perkara yang anda ingin tahu, saya sarankan agar anda bercakap secara terus dengan doktor kami melalui atas talian agar komunikasi lebih efektif dan maklumat lanjut boleh didapati sebelum doktor boleh memberikan pendapat.
Untuk makluman anda, sakit dada akibat gastrik biasanya disertai dengan loya, mual dan juga kembung perut. Selain itu ia biasanya berkait rapat dengan pemakanan anda. Sesetengah gastrik bertambah buruk selepas makan dan sesetengahnya lega selepas makan.
Sakit jantung pula berbeza-beza karakternya bergantung kepada punca atau kawasan yang terlibat. Sakit jantung biasanya adalah lebih bertumpu pada kawasan kiri dada dan boleh merebak sehingga ke belakang dan lengan. Wellen’s syndrome juga merupakan salah satu jenis serangan jantung.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.