
Sulit
2 tahun
Sakit dada yang mencucuk, sesak nafas, tekak perit dan batuk tanpa kahak. Pernah demam tetapi suhu tidak tinggi serta sakit kepala
Saya wanita berusia 29 tahun, dan bekerja sebagai seorang QC. Pada 13 Mar lalu, saya telah menjalankan site visit di Melaka, dan malamnya saya disahkan demam setelah berjumpa Doktor. Suhu adalah 37.4, dan hari Ahad 15 Mar, suhu saya adalah 34.8. saya mengalami batuk dan kering tekak serta sakit dada seperti semput serta sesak nafas sejak 9 Mar lagi. Minta bantuan Doktor untuk mengesahkan situasi saya sekarang, perlukah saya berjumpa doktor semula utk rawatan susulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda mungkin berkaitan dengan virus ini.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.
Selain COVID-19, Punca Punca batuk boleh disebabkan masalah kesihatan lain.Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Anemia
- Masalah Gastrik
- Masalah GERD
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi. Anda harus berjumpa dengan doktor anda lagi untuk rawatan susulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.