
Sulit
4 tahun
Sakit dada
sy wanita brumur 28tahun…2 3 hri ni kerap rasa sakit dada terutama ketika baring…adakah brkaitan dgn tido lewat atau xckup tido?rasa xpuas bila tarik nafas…prnah buat ECG dan ECHO,result normal xde mslah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan asma
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Anemia (kekurangan darah merah di dalam badan)
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Kekurangan rehat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.