
Sulit
5 tahun
Sakit dadabelah kiri
saya lelaki berumur 16 tahun semenjak dua menjak ni saya rasa dada kiri saya berat serta saya mengalami sesak nafas, ia berlaku bila saya tengah baring dan duduk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada seperti yang dialami anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang darah (anemia)
- Gastritis
- Panic attack
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin dan pekerjaan harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.