
miyuzaazuwa
3 tahun
Sakit dalam badan terutama bahagian perut dan dada
Saya wanita berusia 27 tahun belum berkahwin. Saya kerap sakit di dalam badan terutamanya perut tapi sudah berjumpa doktor dan saya sudah tidak makan makanan pedas dan sudah tidak sakit. Tetapi sakit perut akan muncul lagi jika saya tersalah makan. Beberapa hari ini saya rasa sakit di seluruh badan bahagian kiri macam lenguh, pedih dan panas termasuk perut dan dada. Telinga kiri rasa macam kebas dan sangat merimaskan membuatkan saya rasa stres. Waktu malam ketika hendak tidur saya rasa sakit pada dada kiri dan kanan juga nafas tidak lancar. Kekadang baru 5 minit makan tetapi badan saya berasa lemah seperti tidak makan langsung. Saya sudah berjumpa doktor tetapi selalunya akan diberi ubat angin dan gastrik sahaja. Harap dapat menjawab soalan saya. Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami di medium ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kerisauan anda adalah berkenaan rasa sakit di bahagian perut dan dada. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit perut dan dada ini boleh disebabkan oleh:
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- kesan sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Namun begitu, gejala yang dinyatakan itu juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Acute appendicitis
- Inflammatory Bowel Syndrome
- Penyakit ulser peptik ( peptic ulcer )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.