
Sulit
5 tahun
Sakit dalaman wanita
Saya wanita 22 tahun dan sudah berkahwin selama 1 tahun 6 bulan . Sy mempunyai masalah kitar haid tidak teratur . Haid terakhir sy pada 22/10/19-29/10/19 . Pada hujung bulan 11 selepas sy bersama suami . sy dapati ada darah yg keluar . dan sy ingat ia adalah darah haid tetapi apabila sy memakai pad darah tersebut sudah kering . Dan pada 8/12/19 hingga 10/12/19 . selepas brsma suami msih kluar darah tapi masih dlm kuantiti yg amat sedikit . dan ia berlarutan sehingga 3 hari . hanya tompokan darah berwarna coklat gelap yg keluar selama 3 hari dan darah tersebut terus kering sehingga hari ini . sy tidak melakukan UPT kerana sy merasakan diri tidak hamil . mohon pencerahan doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih