
Sulit
4 tahun
Sakit dan kejang perut secara tiba-tiba
Saya wanita dalam 20 an, saya berasa kejang dam sakto perut. Saya juga berasa sering ingin membuamg air besar tetapi tidak membuang apa-apa air besar.perut saya berasa sejuk dan haid saya baru sahaja berakhir dua minggu yang lalu. Pada mulanya, saya bersangka saya keracunan makanan, lalu saya mengambil activate charcoal dan beberapa ubay lain.Tetapi, saya tidak mengalami sebarang rasa mual atau muntah. Apakah punca kepada sakit saya ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.