
Sulit
5 tahun
Sakit Dan ngilu mcm sengugut di bahagian ari ari
Sya seorg surirumah dan mempunyai anak seorg yg brumur setahun 3 Bulan dan masih menyusu badan . Masalah yang saya hadapi, kadang kadang Saya merasa macam sengugut dan ngilu di bahagian ari ari di sebelah Kanan, kadang kadang di sebelah Kiri…saya rasa sakit mcm ni sejak period bulan lepas lg, dan period saya teratur setiap bulan…Bulan lps period sya berwarna coklat dan cikit selama 4/5 hari, bulan ni belum sampai Masa period lg…adakah sya mempunyai masalah kesihatan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.