Anonymous
6 tahun
Sakit dan senak dada
Hai doktor. Saya izzah berumur 25tahun. Saya nak tanya. Malam tadi ketika saya tengah tidur. Saya tersedar yang dada saya sangat sakit. Turut serta belakang di kawasan bahu sakit dan senak. Pagi ini. Masih sakit dan semakin sakit. Senak di tengah dada dan lemau sebelah anggota badan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Otot dada kejang
- Radang tulang dada
- Kayap
- Jangkitan paru-paru
- Asid refluks
- Sakit jantung - seperti koronari arteri tersumbat
- Pulmonary embolism - darah pekat tersumbat dalam saluran darah paru-paru
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































