
Sulit
4 tahun
Sakit demam hilang deria rasa dan bau
Saya sudah demam on of hilng deria rasa dan bau hampir seminggu adakah itu tanda saya hamil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengesahan hanya dapat dibuat dengan pemeriksaan dengan doktor atau melalui kit kehamilan. Sebelum anda menjalani ujian kehamilan, anda mungkin dapat mengalami gejala awal. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda melakukan ujian kehamilan dahulu untuk mengetahui keadaan anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.