
Sulit
5 tahun
Sakit Di Alur Tengah Dada
Saya wanita berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Sudah 2 hari saya mengalami sakit di bahagian tengah alur dada. Rasa sakit seperti mencengkam, bila minum dan makan pon terasa sakit. Seperti ada benda tersekat disitu. Saya mula rasa sakit tu pada malam pertama itu pada pukul 4pagi dan saya tak boleh tidur. Saya kerap bersin, selsema, tekak berkahak. Pada pandangan doktor saya kenapa? Perlukah saya ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Gastrik
- alahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.