
Anonymous
5 tahun
Sakit di ari ari sebelah kanan
Saya wanita berumur 22tahun. Saya bila melakukan hubungan seks dengan suami saya, saya terasa sakit di bahagian ari ari sebelah kanan itu(di bawah perut sebelah kanan). Terasa seperti tekanan dekat dalam tu ketika penis suami dimasukkan ke dalam vagina saya, memang rasa ketika itu teramat sakit dan terasa macam nak pecah dekat bahagian ari ari sebelah kanan itu. Adakah itu adalah punca angin di dalam vagina saya atau ianya adalah suatu penyakit yang bahaya seperti tumor/endometriosis/kanser? Penyakit seperti yang saya hadapi ini, adakah perlu melakukan pembedahan atau endoskopi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan phial kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.