
Sulit
4 tahun
Sakit di atas zakar, di bawah bahagian perut
Saya berasa sakit di bahagian atas zakar, di bawah perut, di kiri dan kanan. Kanan terasa lebih sakit, seperti ada urat tegang di dalam apabila ditekan. Adakah sakit ini ada melibatkan hernia? Apakah yg patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Testicular torsion - buah zakar berbelit
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
- Masalah pada prostat - masalah ini adalah masalah yang sering berlaku pada lelaki lebih umur 40 tahun dan kerap berbasikal atau postur dan posisi yang menyakitkan di celah kangkang boleh menjerumus kepada permasalahan ini
- Hernia
Bagi mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah