
gravitykillrzx
5 tahun
Sakit di bahagian abdomen kiri dan tapak kaki kanan
Sebelah kiri abdomen bahagian depan dan belakang rasa sakit seperti di tumbuk

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Masalah ovari (bagi wanita) - seperti ovari terbelit, kista ovari pecah, endometriosis
- Bagi lelaki - testis terbelit, radang saluran sperma
- Masalah usus seperti divertikulitis, sembelit
- Masalah saluran buah pinggang seperti batu karang atau radang buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.