
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian ari2 dan keluar darah seperti haid
Saya berusia 40 tahun…saya mempunyai selali sakit di bahagian ari2…pada bulan ini darah haid saya berpanjangan sehingga 2 minggu… selepas pegi jumpa doktor saya di beri ubat utk berhentikan darah haid…seminggu darah saya berhenti…tapi sekarang saya rasa sakit di bahagian ari2 dan sakit pinggang,dan saya dapati kluar darah…seperti drah haid…last period saya pada 26 march 2020…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.