
Anonymous
4 tahun
Sakit di bahagian ari2 sebelah kiri
Sya berusia 45thn…mengalami sakit di ari2 sebelah kiri dan ketidak selesaan seumpama sengugut dr hari pertama dtg haid hga tamat haid. Kebiasaannya sakit di ari2 kiri tu hnya pd hari sebelum.n pertama dtg haid.tp tidak kali ni…ianya berterusan shga haid tamat. Haid sya biasa adalah 5-6hari sje setiap bulan dan ianya regular. Apakah ianya adalah kehamilan diluar rahim atau sebaliknya.?boleh dok bantu sya.apakah yg sya harus lakukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda diberikan, anda adalah amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti mengenai masalah anda supaya mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan segera. Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan ari-ari sakit berterusan adalah seperti:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Sila mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan yang berdekatan dengan secepat mungkin untuk mengetahui punca masalah anda. Sekiranya anda ingin berhubung dengan pihak kami secara peribadi, sila lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih