
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian bawah rusuk kiri selama tiga tahun
Saya wanita brusia 34tahun …sejak lahirkan ank ke3 pada 2017, sehingga sekarang…bahagian rusuk belah kiri saya sakit … 24h/7d sakit… mcm mnyucuk …sama juga jika mahu tidur … juga tidak selesa smpai akan terjaga jika tlalu lama baring mhadap kiri … …boleh tolong saya…sudah berjumpa doktor swasta dan kerajaan jawapan yang sama di terima … masuk angin …x mungkin masuk angin sampai 3 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit bahagian kiri abdomen yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Tetapi secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh organ di bahagian bawah kiri rusuk iaitu otot abdomen, paru-paru, limpa, tulang rusuk dan buah pinggang,usus dan pankreas. Antara punca sakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, trauma, keradangan, penyakit saluran darah, kanser dan penyakit metabolik.
Seperti yang disenaraikan, terlalu banyak kemungkinan yang boleh difikirkan. Maka banyak sejarah mengenai kesihatan harus diperincikan, pemeriksaan fizikal serta investigasi yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Saya memahami bahawa puan telah pergi berjumpa dengan doktor beberapa kali bagi mendapatkan rawatan namun masih sama. Akan tetapi, anda amat disarankan untuk merujuk lagi masalah ini kepada doktor kerana kami tidak dapat memberikan kesimpulan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.