
turaramli77
4 tahun
Sakit di bahagian belakang kanan pinggang
Saya wanita yg berumur 23 tahun pada sminggu yg lalu sya baring mnghadap kekanan selama lebih kurang dalam 5 jam keatas tapi ada pergerakan juga selepas itu sya bgun dn sya rasa sakit di bhagian yg saya katakan d atas stiap kali kaki sya meminjak lantai tapi sakit tu dlm 2 hari selepas itu hilang tapi dlm 2 hari ini sya mula rasa sakit d bhagian kanan belakang pinggang sya sewaktu berdiri tapi lebih sakit stiap kali sya duduk bongkok atau memungut barang d lantai hanya itu yg saya rasa smua ok pada pendapat doktor kenapa bnda ni berlaku adakha disebabkan saraf tulang atau buah pinggang???

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit belakang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- ketegangan otot atau ligamen
- slipped disc tulang belakang
- arthritis
- osteoporosis
- sciatica, masalah pada saraf tunjang
Saya mensihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika:
- kesakitan anda berpanjangan lebih seminggu
- kesakitan tidak hilang bila rehat atau baring
- kesakitan merebak sehingga ke kaki
- menyebabkan rasa kebas pada kaki
- kesukaran untuk kencing
- demam
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.