Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya wanita berusia 20 tahun. Saya merasakan sakit di bahagian belakang kepala saya di sebelah kiri selama lebih kurang 2 hari. Apabila saya mendongak akan berasa sakit. Apabila saya sentuh bahagian tersebut juga sakit. Perkara ini menyebabkan kesukaran untuk saya tidur dan melakukan aktiviti harian sebab kesakitan ini amat mengganggu.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media serta tekanan darah tinggi. Ketumbuhan pada otak juga merupakan masalah sakit kepala sekunder yang boleh dikaitkan dengan lemah pada bahagian lain badan. Namun, ia mestila diikuti dengan gejala lain termasuk muntah, loya, kabur mata, berat badan turun secara mendadak.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.