Sulit
2 tahun
Sakit di bahagian biji kelentit.rasa berdenyut 2.dan rasa nak kencing..dan bila penghabisan kencing sakit sangat
Saya wanita berumur 36 tahun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai gejala sakit di bahagian kemaluan dan juga semasa membuang air kecil dan ini amat mengganggu anda. Tetapi anda jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit ketika membuang air kecil dan sakit di kawasan kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia boleh disebabkan oleh masalah jangkitan ataupun masalah sakit puan.
Antara punca lazim mengapa seseorang wanita mengalami gejala yang disebutkan adalah:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan di sekitar kawasan kemaluan
Disebabkan anda mempunyai gejala sakit ketika membuang air kecil, perkara ini perlu diberi perhatian oleh doktor segera.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.