
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian dada kiri(kerap) dan kanan(kadangkadang) dan bahagian atas perut
Saya wanita 24 tahun. Sudah sebulan lebih sakit dibahagian sekitar dada saya sakit kadang terasa menyucuk kadang terasa ditekan di bahagian atas dada atau de bahagian kiri dan kanan kedua belah dada. Pertama kali ke klinik doktor kata tiada apa2 cuma nadi ada tuba2 laju skejap. Doktor berikan ubat sakit dada, saraf dan angin. Selepas makan ubat semakin reda sakit tetapi asih ada sakit. Tetapi setelah sebulan masih dan lebih menyakitkan dan dibahagian atas perut terasa sangat sakit, saya ke klinik untuk kali kedua. Saya disuruh cek jantung dri keputusan cek doktor kata jantung tiada masalah dan syak saya keradangan lapisan dinding dada dan angin. Saya diberi ubat paracetamol, radang dan ubat gastric. Tetapi apabila saya sakit dan makan ubat tersebut sakit di bahagian dada tidak reda atau beri sebarang efek. Tolong bantu saya rasa sangat sedih apa perlu saya buat doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati
- masalah jantung saluran darah tersumbat
- radang tulang rawan (costochondritis)
- pneumonia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.