
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian dada v2
Sy sakit bahagian dada. Jumpa farmasi dia ckp sakit ulu hati. Ok saya beli gaviscon dan ade ubat pil dia bgi. Untuk asid dlm perut. Sakit dah tiada tpi ade rse tak selesa di bhagian kanan. And sy mula ade rse sesak nafas tpi tak serius la. Ape masalah sy doktor. Sy takut nak pergi hospital takut ditahan wad. Ade ke cara2 nak hilangkan tanpa berjumpa doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit asma
- Penyakit COPD - sekiranya pernah merokok atau tinggal bersama perokok
- Masalah hempedu seperti keradangan, batu karang atau jangkitan kuman
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi membuat pemeriksaan dan sekiranya perlu ditahan wad, ia adalah untuk kebaikan anda juga kerana jika perkara serius berlaku, pihak hospital dapat bertindak dengan segera. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.