Sulit
6 tahun
Sakit di bahagian dalam hujung faraj
Saya seorang wanita yg baru sahaja berkahwin awal bulan lepas. Faraj saya sentiasa sakit semasa melakukan hubungan sejak malam pertama hingga sekarang. Pada hari sabtu lepas, saya dan suami melakukan hubungan sebanyak 3 kali dan sakit tersebut masih ada dan saya tidak terasa klimaks berbanding sebelum ini. Kemudian saya period pada malam nya, dan apabila saya ingin membuang air kecil saya terasa faraj di bahagian dalam pedih dan sakit. Hal ini semakin pedih apabila saya menahan kencing dan kadang² terasa sakit tiba² walaupon sudah membuang air kecil. Apakah masalah saya doktor ? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim
- Jangkitan kuman pada salur kencing
- Radang Vagina
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































