
Anonymous
5 tahun
Sakit di bahagian dalam perut
Sy berumur 32 tahun… Punya 2 anak… 4tahun dan 1 tahun… Sy mengalami lemah bdn… Smlm sy berpuasa… Sy sangka bdn lemah kerana berpuasa. Tp lepas berbuka sy masih tidak ok… Pg ini sy bangun… Ok… Tp lps 2 3 jam.sy mula rse mual2… Tp tak muntah… Sy kurang selera mkn… Bila sy tekan perut di bahagian pusat ke dalam… Sy rasa sakit… Kepala juga pening… Boleh bantu sy doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda, namun begitu maklumat lebih lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca sakit perut anda. Antara penyebab sakit perut adalah:
- Keracunan makanan
- Gastrik
- GERD
- Radang pankreas
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.