Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian dorsal dan ventral ibu jari serta pergelangan tangan
Selamat sejahtera,
Saya merupakan seorang Dr Veterinar, lebih kurang seminggu lepas semasa saya di gigit oleh seekor kucing di bahagian ventral tapak tangan dan luka gigitan tersebut bersifat superficial, kesan yang saya hadapi ialah pembengkakan bahagian bawah tapak tangan sikit, saya juga mengambil ubat antiradang, anti bengkak serta antibiotik. Pada masa yg sama saya ada juga membuat beberapa pergerakan berulang- ulang menari yg menggunakan/ memerlukan pergelangan tangan dan gerakan tangan yg laju.
Selang dua hari, saya mengalami kesakitan di bahagian pergelangan tangan kiri, ia bermula dari bahagian pangkal ibu jari dan sesetengah pergerakan atas bawah terasa pedih sikit, beberapa siri ujian pergerakan tangan di lakukan, semuanya tiada masalah sehinggalah saya gagal melakukan ujian Finkelstein, kesakitan yg amat sangat, pada ketika itu saya mungkin mengalami atau suspect Dequervain tenosynovitis. Anti radang, surut bengkak dan cold compression telah di lakukan namun tiada perubahan positif sehingga saya boleh rasa tendon atau ligament saling tukar menindih antara satu sama lain sekiranya saya genggam dan lepas tangan semua sehingga kadang kadang kepedihan boleh di rasai sehinggaa ke siku. Beberapa pergerakan turut terbatas seperti mengangkat beban yang berat yg melibatkan kawasan sekitar ibu jari di kawasan dorsan mahupun ventral tapak tangan.
Untuk pengetahuna doktor, saya tidak mengalami demam dan sebarang tanda klinikal lain cuma beberapa hari ni bahagian tangan saya membengkak sikit demi sikit.
Saya tahu tanpa ujian klinikal, berjumpa dgn klien dan pemeriksaan mungkin menyebabkan tersalah diagnosis, cuma as a quick reference/ check up sebelum jumpa dgn doktor esok. Saya harap pihak Dr dapat memberi possible diagnosis, treatment plan dan langah mengatasi kesakitan.
Sekian terima kasih.
Dr. J, Kuala Lumpur.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alahan pada produk pencuci, lebih-lebih lagi jika anda membuat kerja rumah tanpa memakai sarung tangan
- kesan sampingan ubat- ubatan
- penyakit autoimun
- jangkitan kuman pada kulit (bullous cellulitis)
Saya sarankan anda segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana kulit anda telah pun mencapai tahap pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































