
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian gigi rahang
Assalamualaikum dr. Saya Nurul umur 33 Tahun. Saya mengalami sakit di bahagian gigi rahang, walau bagaimana pun tiada tanda2 berkaitan dgn masalah gigi. Cuma bila saya sentuh bawah dagu terdapat benjolan yg bergerak2. Dan terasa sakit. Boleh bantu utk penerangan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa iaitu:
- Bengkak nod limfa ketika demam - darah putih berkumpul untuk melawan jangkitan
- Tempor-Mandibular Joint syndrome - sakit pada sendi rahang
- Radang tonsil
- Radang kalenjar parotid - akibat jangkitan/batu karang/auto-imun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.