
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian kanan atas dada
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya sering sakit dada kanan (di atas payudara). Apakah saya ada kaitan dengan sakit jantung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabka beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot dada - akibat pemakaian bra ketat atau aktiviti bersukan
- Kecederaan otot dada
- Keradangan tulang rusuk - akibat jangkitan kuman atau kecederaan
- Jangkitan paru-paru seperti oleh kuman atau tibi
- Masalah saluran susu payudara - tersumbat atau formasi batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.