
Sulit
3 tahun
Sakit di Bahagian Kiri Dada
Saya mengalami sakit mencucuk cucuk di dada sebelah kiri. Kekerapan tidak menentu, ia terjadi dan pada waktu bila. Jika saya melakukan senaman ringan sakit itu hilang. Saya sudah pernah consult kepada doktor di klinik, dan dinyatakan itu hanyalah disebabkan msucle antara tulang rusuk yang menyebabkan kesakitan tersebut. Boleh disahkan yg itu bukanlah sakit jantung? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai rasa sakit di bahagian kiri dada. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa sakit di dada boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antara perkara tersebut adalah seperti berikut:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma dan jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
- Penyakit keradangan pleura
- Penyakit perikarditis
Oleh itu, untuk mengesahkan bahawa itu adalah penyakit jantung atau bukan, saya mencadangkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.