
afshazulaikha
5 tahun
Sakit di bahagian kiri dan kanan tengkuk setelah bangun drp tidur
Saya wanita berusia 26 tahun dan ibu kepada 2 org anak. Sejak dua hari lepas, sy mengalami sakit tengkuk setelah bangun drp tidur di mana sakit itu itu berlanjutan drp bhgian kiri tengkuk ke bahagian kanan tengkuk. Malah sakit itu menyebabkan bahagian telinga dan bawah kepala saya sakit sgt. Ia amat sakit bila bangun drp tdur, tetapi akan beransur kurang selepas tetapi ia mengambil masa hampir 5 jam utk berkurang. Adalah sakit ini ada kena mengema dgn migrain? Ataupun sakit ini ada sangkut paut dgn perkara lain? Terimakasih doktoratas kesudian menjawab soalan sy☺️

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara penyebab utama sakit leher adalah:
postur yang tidak baik,
ketidakseimbangan otot,
kekurangan stabiliti otot tengkuk,
kecederaan whiplash
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Matthew T Rader