
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian kiri perut
saya wanita 20 an sekarang saya sakit di bahagian bawah perut di sebelah kiri…saya mengalami pendarahan di hidung,muntah,pengsan serta payudara saya terasa sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sekiranya masalah yang anda hadapi berlaku dalam satu masa yang sama, kemugkinan ia disebabkan oleh penyakit yang berbeza berlaku sekali kerana gejala yang anda alami sepertinya berlaku dari sistem atau organ yang berbeza. Walaubagaimanapun maklumat lanjut diperlukan bagi membuat kesimpulan.
Namun begitu, sakit perut dan muntah berkemugkinan disebabkan masalah dengan sistem penghadaman. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Sakit payudara boleh disebabkan:
Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Mastalgia (noncyclical)
Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
Mastitis iaitu keradangan payudara
Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Pengsan pula boleh disebabkan oleh:
Tekanan darah rendah
Kurang gula dalam darah
Masalah mata
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.