
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian leher seperti rasa tegang dan bila telan air liar mcm ada bunyi
Saya wanita berumur 24 tahun Kadang2 saya rasa seperti tegang di leher di sekitar bawah dagu dan bila saya telan air liur saya mcm ada buyi apa yang patut saya buat sbb dh sebulan mcm ini saya dh pegi kklinik dr hanya bagai saya ubat sakit tekak dan ubat kumur

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit seperti tegang di leger dan sekitar bawah dagu boleh berpunca daripada pelbagai masalah seperti:
- Keradangan tonsil
- Ketumbuhan pada tekak/ leher/ tiroid membengkak
- Kelenjar limfa membengkak
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah ini merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar ENT (ear, nose & throat) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.