
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian pangkal peha hadapan hingga ke lutut
Hi, saya lelaki berusia 35tahun. At times saya akan rasa sakit seperti berdenyut di bahagian pangkal peha hingga ke lutut untuk 3-5mins. And this sakit happen for 2-3times a day. Ive tried chiropractic untuk 3 session but sakit itu masih tak reda.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit di bahagian peha.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sebab sakit di bahagian peha berlaku antaranya:
- Masalah tulang belakang
- Masalah saraf tunjang
- Trauma pada bahagian pinggang dan kaki
- Jangkitan pundi kencing
- Radang usus
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
1.Batu karang pada saluran buah pinggang
2.Masalah pada usus
3.Keradangan apendik
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.