
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian payudara apabila ditekan
Saya berusia 21 tahun dan belum berkahwin. Saya merasakan sakit di payudara apabila ditekan. Setiap hari saya akan memeriksa sama ada mempunyai ketulan ataupun tidak dan memang tiada. Saya perasan yang saya akan sakit di payudara di sebelah kanan apabila ditekan ketika saya tidak datang haid. Boleh doktor terangkan apa yang perlu saya lakukan?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit payudara.
Untuk makluman anda, sakit payudara sering berlaku kepada wanita. Ia mungkin disebabkan oleh perkara serius ataupun tidak. Saya tidak boleh menyimpulkan keadaan anda tanpa pemeriksaan fizikal dilakukan. Di sini saya kongsikan sebab yang biasa berlakunya sakit payudara, antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Sila berjumpa dengan Doktor sekiranya anda mengalami gejalan berikut:
- Sakit yang berpanjangan
- Keluar lendir atau nanah
- Keluar darah daripada puting
- Perubahan warna pada payudara
- Terdapat benjolan
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.