
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian payudara kiri
Saya wanita berumur 22 tahun.sebelum ni saya xpernah merasai perkara mcm ni.sakit di bahagian payudara kiri ni start rasa bulan 7 haritu.tp saya ingatkan dia nak tumbuh.so saya biarkan ja.tp bila saya tgk dkt cermin payudara sebelah kiri lebih besar daripada sebelah kanan.n then bila saya pakai bra besi akan rasa sakit di bahagian sekeliling payudara tersebut.sakit still rasa jugak tp dah berkurang daripada yg first experience dulu.saya risau jugak sbb ni first experience saya sakit lama mcm ni n start insecure dgn diri sendiri.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada payudara kiri anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Fibroadenoma - ketumbuhan benign pada payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.