
Anonymous
5 tahun
Sakit di bahagian payudara
Hi doc, saya nadirah berumur 22 tahun. Saya nak tanya tentang sakit di bahagian payudara di mana sekarang payudara di sebelah kiri saya seakan akan luka dan seakan bernanah, terlalu sakit untuk memakai pakaian dalam tapi bila pakai di sekitar puting tu seolah merekah mcm bernanah, pada masa yang sama jugak bahagian bawah ketiak saya jugak sakit maksud saya bengkak, saya ada buat kajian tentang cancer payudara tapi simptom simptom berikut tak ada pada saya. boleh doc terangkan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman cik, simptom barah payudara ialah :
Perubahan pada saiz payudara (Hal ini kerana kemungkinan ianya disebabkan oleh sebuah ketulan.)
Cecair dari puting payudara
Payudara bengkak
Perubahan pada permukaan kulit sekitar payudara
Bengkak kelenjar limfa pada bahagian sama payudara sakit
Namun demikian, sakit di bahagian payudara cik itu boleh menyebabkan beberapa sebab lain:
Jangkitan kuman pada payudara ( saluran susu dalam payudara menjadi tersumbat )
Puting payudara mengalami jangkitan kuman( Kemungkinan besar hal ini akan mengakibatkan nanah keluar dari puting payudara)
Pemakaian bra yang tidak sesuai dengan saiz payudara (Mungkin terlalu ketat)
Dalam hal ini,bahagian ketiak cik yang bengkak itu mungkin disebabkan oleh tindak balas kelenjar limfa terhadap jangkitan payudara. Saya nasihatkan untuk cik ke klinik dengan segera untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui punca masalah cik. Perlu diingatkan tidak semua sakit atau cecair yang keluar dari payudara adalah barah payudara.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.