
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian pelvis floor muscle
saya berumur 27…saya rasa sakit dibahagian pelvis floor muscle ketika saya bersin ,batuk dan time buang air besar…saya juga berasa sakit ketika duduk…tekanan air kencing saya juga rendah…apakah yang boleh dilakukan untuk sakit pelvis floor muscle ini doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit otot lantai pelvis atau sakit pinggang. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing.
- Sistitis
- Cystitis
- keradangan pundi kencing, biasanya disebabkan oleh Jangkitan kuman
- Prostatitis
- Jangkitan kelamin
- Hernia
- Irritable bowel syndrome
- Apendiks
- Batu karang
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih