Anonymous
6 tahun
Sakit di bahagian prostat / testis
Hi doktor, saya berumur 23 tahun. Saya akan rasa sakit pada bahagian prostat hampir setiap minggu … Rasa sakit ni macam senak di bahagian prostat… Untuk hilangkan sakit ni saya terpaksa melancap baru sakit tu hilang… Jadi apa punca sakit ni doktor ? Dan apa penyelesaiannya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Selain dari melancap untuk menghilang sakit tersebut. Adakah anda sering mengalami kesusahan untuk mulakan kencing dan sering mengalami sakit-sakit yang ngilu ketika air kencing keluar ? Selain daripada itu, anda nampak tompok-tompok darah dalam air kencing ?
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.




































