
azrainshahbudin94
4 tahun
Sakit di bahagian sulit iaitu di bahagian zakar ( keliling luaran zakar )
Saya mengalami sakit di bahagian zakar ( bahagian luaran ) terasa pedih macam luka , dan zAkar mula mengecil … kulit bertukar pucat seperti keputihan … saya cuba sapu minyak gamat 2-3 hari tapi tak ada kesan … masih terasa pedih pedih seperti luka yang Terkena pisau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, masalah zakar sakit boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Kecederaan pada zakar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.