
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian sulit
Hi doktor… Sy dalam keadaan haid dn dlm masa yg sama sy mngalami sakit dn pedih di bhagian dlam dn luar faraj… Sy lihat di cermin terdapat beberapa luka putih seperti ulser di dalam dan luar faraj… Apakah penyebabnya dn bagaimana utk sy mengatasi nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, gejala sakit dan pedih serta luka putih dan ulser yang berlaku pada ruangan faraj boleh disebabkan oleh jangkitan STI atau dikenali sebagai sexual transmitted infections dan juga boleh disebabkan oleh penjagaan kebersihan yang kurang pada kawasan faraj. Berikut merupakan contoh-contoh jangkitan STI yang berkait dengan masalah anda:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan HPV (ketuat kelamin)
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis dan Trichiomoniasis
- Jangkitan kuman seperti Bacterial Vaginosis
- Syfilis
- Chancroid - salah satu jangkitan bakteria (STD)
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Masalah anda lebih tercederung ke arah jangkitan STI kerana gejala ulser pada kawasan faraj merupakan ciri-ciri yang diperihalkan dengan kebanyakan STI yang disenaraikan di atas. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dan efektif, dan kami tidak sarankan anda untuk menggunakan rawatan sendiri yang terdapat di farmasi tanpa nasihat doktor terlebih dahulu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.